Thursday, 11 July 2013

Shiseido Blackhead Remover Masks

| 0 Has Left Their Precious Comments
Weehuu.. One More Product Available in Vera's Closet! :))

Pada sesiapa yang still tak tahu tentang Shiseido Blackhead Remover Masks ni, ini lah masa yang sesuai untuk korang beli and try produk ni. Takkan menyesal punya! Cuma nak diingatkan, pemakaian bagi mask shiseido hitam bukan untuk tujuan pecerahan kulit tau... Mask yang hitam ni lebih kepada fungsi untuk membersihkan liang pori wajah yang tersumbat, membersihkan permukaan wajah serta menyegar dan melancarkan peredaran udara pada liang pori wajah.. Lepas pakai, korang akan rasa kulit wajah lebih ringan, sejuk dan segar ^_^



Shiseido Black Mask merupakan masker peel off yg digunakan utk menghilangkan blackhead & whitehead. Ia merupakan salah satu hot selling item di dunia kosmetic di Jepun, Hong Kong, Taiwan, Korea, Singapore & Malaysia.


CARA PENGUNAAN

1) 1 pack boleh dipakai 2 ~ 3 kali, jgn guna 1 pack sekaligus pakai, memadai hanya pakai sederhana tebal sahaja. Baki sebaiknya simpan dalam bekas bertutup sebelum digunakan lagi.
2) Bersihkan wajah.
3) Steam/wapkan wajah dgn air panas selama sekurang-kurangnya 10 ~ 15 minit. Ini bertujuan utk membesarkan pori-pori & memudahkan pembersihan jeragat.
4) Biarkan wajah kering baru sapu mask.
5) Sapukan mask. Hindari daerah sekitar mata, alis mata, bibir, dan bahagian rerambut
6) Tunggu selama 30 minit / hingga mask kering baru tarik mask perlahan-lahan dari bahagian bawah ke bahagian atas wajah.

1 pack = 12g


KEBAIKAN SHISEIDO BLACK MASK

1) Dapat menghilangkan & mengurangkan blackhead & whitehead & juga kekotoran di wajah.
2) Mengecilkan pori-pori wajah, mengurangkan kedutan, anti penuaan & mencerahkan wajah.


Terbuat dari Collagen disertai elemen mineral laut dalam, Mask ini mengandungi kandungan nutrisi paling lengkap. Selain mengangkat kulit mati, mencerahkan, mengencangkan kulit wajah yang kendur, juga dapat meningkatkan kekenyalan , membantu mengurangkan jerawat juga efektif memperbaiki jaringan sel kulit yang rosak. Hasil sudah boleh terlihat pada 1X pemakaian mask. Kulit terasa lebih segar, cerah, dan seketika terasa kencang & kenyal.

Perawatan kecantikan menggunakan Lumpur Laut Mati sebagai mask wajah sama dengan memberi suapan makanan 'bergizi' pada kulit yang dapat menjaga keindahan kulit. Kelebihan lainnya, semua toksin yang terdapat pada sel kulit akan terangkat, sehingga kulit lebih bersih dan segar sekaligus halus dan kencang.


RM2.00



♥ TERIMA KASIH. DATANG LAGI ♥

0 Has Left Their Precious Comments:

add a comment photo comment5copy.png