Saturday, 10 August 2013

Bedak Tanaka (Myanmar) Lemon 40g

| 0 Has Left Their Precious Comments
Hi u ols,

Kali ni saya nak memperkenalkan kepada korang produk Bedak Tanaka dari Myanmar yang kini semakin terkenal dan laris buat wanita yang peka dengan kecantikan diri! ;))

Bila Nora Danish pakai bedak sejuk..Wow! Semua mahu ikut..
Jom cuba juga, kulit mulus bersih siapa yang tak suka.. ;)

APA ITU BEDAK TANAKA?

4 jenis Bedak Tanaka. Biasanya Lemon yang orang cari-cari sekarang ;) 

Rupa luaran salah satu produk Bedak Tanaka (Lemon)... :) Credit photo: Princess Yanti

bahagian atas packaging... credit photo: princess yanti

bila dah buka penutup... will see this ;) credit photo: princess yanti

Bedak ni dinamakan Bedak Tanaka kerana diperbuat dari kayu Tanaka. Bedak ini mulai terkenal di Malaysia setelah produk ini di rebranding oleh Nora Danish. Memang ramai yang mempertikaikan perbezaan antara bedak tanaka dan bedak Tate yang dijual oleh Nora Danish, jawapannya kedua produk adalah dari bahan dan ada packaging yang sama.

Kayu tanaka memang produk kesihatan yang laris di Myanmar!

Kayu Tanaka ini sememangnya sudah terkenal sejak dahulu lagi di kalangan penduduk Filipina, Bangladesh dan Thailand. Satu ketika dulu kayu Tanaka ini digunakan oleh golongan kerabat diraja di negara mereka untuk mencantikkan kulit.

Menurut masyarakat Myanmar, kulit kayu tanaka mujarab digunakan sebagai petua untuk merawat dan mencantikkan kulit muka mereka. Tidak kira jenis kulit sensitif, normal, kombinasi, semuanya boleh menggunakannya. Boleh juga digunakan kepada bayi baru lahir.Ianya tidak memudaratkan kulit.

ramuan tradisional & semulajadi... kesan yang mantap ;)

Kayu Tanaka diasah di atas batu untuk menghasilkan esen yang berwarna coklat seperti foundation yang boleh kita perolehi di pasaran. Esen itulah yang disapukan ke kulit muka. Setelah kering di muka, warna coklat itu terus berubah menjadi kekuningan. Sebab itu nampak seperti kita memakai bedak sejuk.

KEBAIKAN BEDAK TANAKA

1) Melembut, melicinkan dan mencerahkan kulit muka
2) Melindungi kulit daripada pancaran matahari yang terik
3) Menyejukkan kulit
4) Menyerap lebihan minyak dan menyerap peluh
5) Merawat Jerawat
6) Menghaluskan kulit
7) Mencerahkan kulit
8) Memudarkan parut jerawat
9) Sesuai untuk kulit sensitif, normal, kombinasi
10) Menghilangkan gatal-gatal badan

Bedak ni boleh dijadikan sebagai bedak sejuk dan foundation. Sejuk je rase bile pakai..kalo cuci muka rase licin je pastu..daki2 pun blh tanggal time kita gosok nk cuci muka..mmg best!! Boleh pakai waktu siang sebagai foundation atau waktu malam sebagai bedak sejuk. Bedak ni juga boleh digunakan untuk semua jenis kulit berjerawat, sensitif, normal dan sebagainya. Sesuai untuk lelaki dan wanita...dewasa dan kanak-kanak.

CARA MENGGUNAKAN


Untuk jadikan sebagai foundation cuma sapukan bedak tanaka secara nipis dan rata ke seluruh wajah menggunakan jari atau span muka. Tips: Renjiskan sedikit air pada wajah sebelum dicalit bedak agar sapuan licin dan nipis

Untuk jadikan sebagai bedak sejuk pula, cuma basahkan jari atau ambil sedikit bedak tanaka, letakkan ke dalam piring. Campurkan ia dengan sedikit air (usah terlalu pekat/cair), kemudian sapu kan ke wajah. Biar kering 30 minit sebelum di scrub/cuci. Boleh juga di pakai sepanjang malam sewaktu tidur sebelum dicuci keesokannya.

Bedak Tanaka ni ada 4 jenis haruman:

1) Bekas hijau (bau lemon)
2) Bekas pink (bau rose)
3) Bekas putih (bau original kayu tanaka)
4) Bekas krim (bau jasmin)


Selain tu, selain saiz 40 gm, Bedak Tanaka ni juga mempunyai pilihan saiz 110gm.. Kiranya packaging yg lebih besar and untuk penggunaan lebih lama lah ye.. :) So, Apa tunggu lagi? Jom kita sama-sama mencuba produk ni ye! ^_^




RM18.00



♥ TERIMA KASIH. DATANG LAGI ♥

0 Has Left Their Precious Comments:

add a comment photo comment5copy.png